Tarikh : 08. Mac. 2008
Kelas : Prasekolah Cerdik
Masa : 30 minit
Bilangan pelajar : 25 orang
Umur pelajar : 6 tahun
Komponen : Kreativiti dan Estetika
Kandungan : 2.1 Menghasilkan lukisan dan kraf
Hasil Pembelajaran : 2.1.4 Mengenal dan membezakan warna
Tema : Warna
Tajuk : Objek disekeliling kita
Bahan : Video nyanyian, gambar, kertas warna, lembaran kerja, power point, video tentang warna.
Pengetahuan sedia ada pelajar : Kanak-kanak telah mengetahui warna asas (merah, biru dan kuning).
Komponen yang berkaitan : Komponen fizikal, Komponen sosioemosi dan Komponen kretiviti dan estetika.
Nilai dan tingkah laku : Bekerjasama dalam kalangan pelajar.
Rujukan : Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah, Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Set Induksi
( 5 minit )Aktiviti guru1) Guru mengajak kanak-kanak untuk menyanyikan lagu warna sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video.
2) Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini kita akan bermain dengan warna.
3) Guru menunjukkan beberapa contoh objek yang berwarna merah, kuning dan biru.
Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak akan menyanyi lagu warna bersama-sama guru sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video.
2) Kanak-kanak melihat objek yang ditunjukkan oleh guru.
Aktiviti 1
( 10 minit )Aktiviti guru1) Guru memberi kad warna secara rawak kepada setiap kanak-kanak. (merah, kuning, hijau, biru)
2) Kemudian, guru meminta kanak-kanak duduk dalam kumpulan berdasarkan kertas warna yang mereka dapat.
3) Guru akan menyebut satu jenis warna dan kumpulan yang mewakili warna tersebut akan menunjukkan kad warna mereka dan jika betul, mereka di minta untuk mewarna gambar yang terdapat di komputer.
4) Kemudian, guru akan menyebut warna yang lain (ulang langkah 3 sehingga habis)
Aktiviti kanak-kanak1) Kanak-kanak akan mendapat kad warna daripada guru.
2) Kanak-kanak akan duduk di dalam kumpulan masing-masing berdasarkan warna yang mereka perolehi.
3) Apabila guru menyebut satu jenis warna, kanak-kanak yang mewakili warna tersebut akan berdiri dan mewarna di hadapan.
4) ulang langkah 3 sehingga habis
Aktiviti 2
( 5minit )Aktiviti guru1) Guru menunjukkan beberapa gambar dengan menggunakan power point kepada kanak-kanak.
2) Guru meminta kanak-kanak untuk membezakan warna yang terdapat dalam gambar tersebut.
3) Guru memilih beberapa orang kanak-kanak secara rawak untuk menyebutkan warna pada gambar tersebut, kemudian menyebutnya secara beramai-ramai pula.
Aktiviti kanak-kanak1) Kanak-kanak melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2) Kanak-kanak cuba mengecam dan mengenalpasti warna yang terdapat pada gambar.
Aktiviti 3
( 5 minit )
Aktiviti guru
1) Guru mengajak kanak-kanak untuk bermain dengan warna.
2)Guru meminta kanak-kanak untuk memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.
Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak melakukan aktiviti memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.
Penilaian/ Penutup
( 5 minit )
Aktiviti guru
1) Guru menunjukkan beberapa objek kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak untuk menyebut warna objek tersebut
2) Kemudian, guru menyebut warna dan meminta kanak-kanak untuk menyebut objek di dalam kelas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang disebut tadi.
3) Akhir sekali, guru mengajak kanak-kanak untuk menonton video yang berkaitan dengan warna.
Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak akan menyebut warna objek yang ditunjukkan oleh guru.
2) Kemudian, kanak-kanak akan menyebut objek yang berada di dalam kelas yang sama dengan warna yang disebut oleh guru.
3) Kanak-kanak menonton video yang ditayangkan oleh guru.
4) Kanak-kanak mengulang semula apa yang telah dipelajari pada hari ini. Oleh itu, guru dapat mengetahui sama ada kanak-kanak sudah boleh mengecam warna atau tidak.