Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 08. Mac. 2008
Kelas : Prasekolah Cerdik
Masa : 30 minit
Bilangan pelajar : 25 orang
Umur pelajar : 6 tahun
Komponen : Kreativiti dan Estetika
Kandungan : 2.1 Menghasilkan lukisan dan kraf
Hasil Pembelajaran : 2.1.4 Mengenal dan membezakan warna
Tema : Warna
Tajuk : Objek disekeliling kita
Bahan : Video nyanyian, gambar, kertas warna, lembaran kerja, power point, video tentang warna.
Pengetahuan sedia ada pelajar : Kanak-kanak telah mengetahui warna asas (merah, biru dan kuning).
Komponen yang berkaitan : Komponen fizikal, Komponen sosioemosi dan Komponen kretiviti dan estetika.
Nilai dan tingkah laku : Bekerjasama dalam kalangan pelajar.
Rujukan : Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah, Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Set Induksi
( 5 minit )


Aktiviti guru
1) Guru mengajak kanak-kanak untuk menyanyikan lagu warna sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video.
2) Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini kita akan bermain dengan warna.
3) Guru menunjukkan beberapa contoh objek yang berwarna merah, kuning dan biru.

Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak akan menyanyi lagu warna bersama-sama guru sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video.
2) Kanak-kanak melihat objek yang ditunjukkan oleh guru.


Aktiviti 1
( 10 minit )


Aktiviti guru
1) Guru memberi kad warna secara rawak kepada setiap kanak-kanak. (merah, kuning, hijau, biru)
2) Kemudian, guru meminta kanak-kanak duduk dalam kumpulan berdasarkan kertas warna yang mereka dapat.
3) Guru akan menyebut satu jenis warna dan kumpulan yang mewakili warna tersebut akan menunjukkan kad warna mereka dan jika betul, mereka di minta untuk mewarna gambar yang terdapat di komputer.
4) Kemudian, guru akan menyebut warna yang lain (ulang langkah 3 sehingga habis)

Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak akan mendapat kad warna daripada guru.
2) Kanak-kanak akan duduk di dalam kumpulan masing-masing berdasarkan warna yang mereka perolehi.
3) Apabila guru menyebut satu jenis warna, kanak-kanak yang mewakili warna tersebut akan berdiri dan mewarna di hadapan.
4) ulang langkah 3 sehingga habis


Aktiviti 2
( 5minit )


Aktiviti guru
1) Guru menunjukkan beberapa gambar dengan menggunakan power point kepada kanak-kanak.
2) Guru meminta kanak-kanak untuk membezakan warna yang terdapat dalam gambar tersebut.
3) Guru memilih beberapa orang kanak-kanak secara rawak untuk menyebutkan warna pada gambar tersebut, kemudian menyebutnya secara beramai-ramai pula.

Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2) Kanak-kanak cuba mengecam dan mengenalpasti warna yang terdapat pada gambar.

Aktiviti 3
( 5 minit )


Aktiviti guru
1) Guru mengajak kanak-kanak untuk bermain dengan warna.

2)Guru meminta kanak-kanak untuk memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.

Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak melakukan aktiviti memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.


Penilaian/ Penutup
( 5 minit )


Aktiviti guru
1) Guru menunjukkan beberapa objek kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak untuk menyebut warna objek tersebut
2) Kemudian, guru menyebut warna dan meminta kanak-kanak untuk menyebut objek di dalam kelas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang disebut tadi.

3) Akhir sekali, guru mengajak kanak-kanak untuk menonton video yang berkaitan dengan warna.



Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak akan menyebut warna objek yang ditunjukkan oleh guru.
2) Kemudian, kanak-kanak akan menyebut objek yang berada di dalam kelas yang sama dengan warna yang disebut oleh guru.
3) Kanak-kanak menonton video yang ditayangkan oleh guru.

4) Kanak-kanak mengulang semula apa yang telah dipelajari pada hari ini. Oleh itu, guru dapat mengetahui sama ada kanak-kanak sudah boleh mengecam warna atau tidak.


Friday, February 6, 2009

BUAH-BUAHAN

-


Cartoons Myspace CommentsCartoons Myspace CommentsCartoons Myspace CommentsCartoons Myspace Comments










Saya ada sebiji buah oren.

Buah oren bewarna jingga.

Buah oren rasa masam.












Saya ada dua biji buah tembikai.

Buah tembikai bewarna hijau.

Buah tembikai rasa manis.

















Saya ada tiga biji buah epal.

Buah epal bewarna merah.

Buah epal rasa manis.





















Saya ada empat biji buah pisang.

Buah pisang bewarna kuning.

Buah pisang rasa manis.











Animated Pictures Myspace Comments




Animated Pictures Myspace Comments

47 comments:

salha said...

salam...hai linda dan kawan...suka la tajuk buah nie..lazat..hik3..mungkin linda dan kawan2 kump, boleh tukar gambar. gunakan gambar yang bergerak2@buahan berbentuk kartun. selain itu, mungkin boleh tukar jenis tulisan agar lebih besar.atau, boleh tambah lagi permainan agar kanak- kanak boleh benar- benar menguasai warna- warna yang guru ajar..ok, thnks..WELL DONE.

shim said...

salam..Rancangan pengajaran yang menarik dengan blog ni sebagai perantara komunikasi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak pasti menyukainya kerana terdapat kartun dan animasi yang bergerak-gerak. Perlu tambahkan aktiviti dan saiz perkataan perlu lebih besar supaya kanak-kanak dapat melihat dengan lebih jelas

WANZA said...

hye...bagi kumpulan ni, aktiviti yang di buat bagus... tp untuk penggunaan gambar tu, lg menarik klu guna gambar yang bergerak2... selain itu, untuk tulisan yg glitter tu klu boleh pilih tulisan yang mudah untuk kanak-kanak baca.. okeh,, yang lain semua baik contohnya kaedah suku kata tu...bgus untuk memudahkan pembacaan kanak-kanak.

MEERA said...

aik, de 2 pengajaran ke?rsenye yg warna 2 je kn..kompius2..
pape pn, aktiviti buah ni ok jgk..nk komen psl ayat.klo bleh bina ayat dr mudah ke susah.cth :

ini buah oren.
buah oren berwarna oren.
saya suka makan buah oren kerana rasanya masam.

then, gmbr klo bleh yg gerak2 n klo ade yg tnjuk isi dlm lg bgus.

chengoh said...

salam
leson plan best
tentang warna so dekat dengan pengalaman kanak-kanak yang selalu tengok warna
tapi maybe tulisan glitter tu bia kanak-kanak boleh baca dan paham design hurufnya

siti fatimah said...

salam…pada saya blog kump anda sangat menarik untuk mengajar kanak-kanak tentang warna..kerana banyak aktiviti yang ada dalam blog anda memfokuskan kepada warna contohnya aktiviti yang link pd laman web lain utk xtvt mewarna..sangat menarik bagi saya kerana kanak-kanak boleh mencuba sendiri utk mewarnakan gambar tersebut..Cuma komen saya adalah pada set induksi, lagu yang dinyanyikan adalah terlalu cepat dan kanak-kanak tidak dapat mengikutinya..klau boleh cari lgu yang lebih mudah dan ringkas..walau bagaimanapun, pergerakan yang ada dalam video nyanyian sangat menyeronokkan..perkara seperti ini boleh menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pelajaran pada hari tersebut..sy rse 2 je kot komen saya…terima kasih..

Nurul Syuhada' Binti Mohd Saad said...

salam....topik ini agak menarik dan ceria....kerana apabila kanak-kanak mengenal warna pelbagai persepsi akan mereka tafsir...seperti merah-garang, berani dan sebagainya...dalam blog ini terdapt banyak aktvt yang menarik perhatian dan kanak-kanak akan berasa seronok untuk terus meneroka blog ini...apabila warna dikaitkan dengan buah-buahan pasti akan menarik lagi minat kanak-kanak....tahniah atas usaha anda semua..selamat maju jaya...

my blog said...

salam,blog ni agak menarik kerana topik pengajarannya hanya bertumpukan kepada warna sahaja. setiap aktiviti yang dilakukan hanya bertemakan warna dan ini akan membantu pengukuhan kanak-kanak tentang warna-warna yang utama iaitu biru,merah dan kuning.tambahan pula ia dikaitkan dengan buah-buah.jadi, kanak-kanak akan dapat mengaitkan warna dengan objek lain. apa-apa pun tahniah kepada kump ni.....truskan usaha.

azura said...

salam..blog ini menceriakan kerana tema warna dan dikaitkan dengan buah-buahan. kanak-kanak dapat mengetahui warna dan seterusnya dapat dikaitkan dnegan warna buah-buahan. ini akan membolehkan kanak-kanak mengaitkan warna pada objek lain selain buah-buahan. aktiviti penutup juga menarik kerana video yang ditayangkan dapat guru kaitkan untuk pembeljaaran seterunya iaitu percampuran warna.

Denise said...

Bagus RP itu. Menarik. kalau ada gambar yang bergerak-gerak boleh menarik perhatian kanak-kanak yang lebih. Untuk bahagian suku kata pisang, penggunaan warna dirasakan bagi saya tidak berapa sesuai kerana tulisan itu kelihatan seolah-olah tenggelam. Untuk memperkenalkan buah tersebut permudahkan ayat dari tahap yang senang kepada susah.
Contohnya:
Ini buah pisang.
Pisang berasa manis.
Pisang warna kuning bila masak.

ice said...

helo..saya sangat suka pada template blog ini kerana sangat selesa dipandang. Tetapi tulisan boleh diperbesarkan supaya kanak-kanak boleh senang membaca. Perbezaan warna antara ejaan sangat membantu kanak-kanak.Susunan aktiviti ini juga sistematik. ok, sekian sahaja...thanks

yinwey_lim said...

hi,
RP kump anda memang menarik dengan adanya video yang comel, game yang seronok, akt yang membina...tetapi, kalau boleh, aktivti kenal dan cam warna tu jangan menggunakan slide show sebab kanak-kanak tidak berpeluang lihat dan fikir jawapan kerana slide show tersebut bertukar secara automatik..saya cadangkan anda menggunakan soal jawab yang kanak-kanak boleh buat dan klik sendiri...sekian terima kasih...

mc' tiey said...

salam..hai..rancangan pengajaran kumpulan ini juga sangat bgs dan menarik...penggunaan warna juga amat sesuai dengan warna warni yang terdapat pada abm. akan tetapi, akan lebih menarik dan bagus jika kumpulan ini menggunakan lebih banyak gambar yang bergerak.
kanak-kanak amat sukakan benda yang bergerak dan berwarna warni, jadi lagi baik jika terdapat lebih banyak gambar yang dapat menarik perhatian kanak-kanak.
lagi 1, kumpulan ini juga akan bertambah baik sekiranya penggunaan tulisan dibesarkan dan sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak.
malahan, saya merasakan bahwa penggunaan ayat dalam RP juga perlulah pendek, padat dan sesuai dengan tahap umur kanak-kanak agar mereka tidak menghadapi masalah untuk menyebutnya. apapun tahniah kepada kumpulan ini kerana mempunyai idea yang bernas untuk dipraktikkan dalam pengajaran nanti..time ksih..

sue said...

salam..buat semua ahli kumpulan..tahniah sbb dh hasilkan RP yg menrik..tentang warna 2 mmg bgs sbb knk2 akan lebih mengenal wrna2 asas tp agk keliru sbb kt bwh 2 topik tentang buah pula???ada kaitan ke antara 2 lesson plan 2..

shashina said...

asalamualaikum... pada pendapat saya, rancangan pengajaran bagi kumpulan ini menarik minat kanak-kanak. aktiviti-aktiviti yang disediakan juga menarik, mudah dan sesuai untuk kanak-kanak.terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan dipelajari oleh kanak-kanak dan banyak pengukuhan melalui aktiviti ini. aktiviti nyanyian dan permainan menarik minat kanak-kanak sesuai dengan sifat kanak-kanak. secara keseluruhannya, rancangan pengajaran bagi kumpulan ini baik, bermakna dan dapat dikongsi bersama.

almurni said...

salam...
aktiviti buah-buahan... nampak macam sedap..
pada pendapat saya tulisan yang digunakan pemilihan warna yang menarik terutama merah biru dalam suku kata. Penggunaan warna kuning kurang sesuai kerana warna yang nampak agak kabur. Gunakan gambar buah-buahan yang bergerak bagi menarik minat kanak-kanak. =)

norazilah ramly said...

RP yg baik sbb memfokuskan kpd warna sahaja.ia memudahkan tugas guru dan knk2 utk mengetahui dan membezakan warna.utk xtvt 1 ia juga menarik tetapi mengambil masa yg agak pjg sbb semua knk2 terlibat.wateva, RP yg menarik dan sesuai diaplikasikan di prasekolah

duNiA kiRAna said...

salam...
tahniah kerana menyiapkan RP yang memberi manfaat kpd kanak-kanak.RP ini boleh diperbaiki dgn menambah aktiviti yang boleh melibatkan kanak-kanak.cthnya aktivit kanak-kanak menwarna.RP ini byk melibatkan aktiviti melihat dan mendengar. harap idea ini dpt diterima. thanks

sizukacute sizukacute said...

Syazwani Raseli

slm...tahniah diucapkan kerana berjaya menrancang rp y menarik..pada saya aktiviti yg diranc mengikut urutan yang sesuai iaitu dari mudah ke susah. penggunaan warna-warna yg menarik dan pelbagai dapat menggalakkan knk2 untuk mempelajari ttg warna di sekeliling mereka. Permainan yg dipilih oleh kump anda juga menarik. SY SUKA>>hehe..Tahniah..Rp ini juga pasti dpt dikongsi bersama dgn rkn2 yg lain..

aidayusniza said...

salam...
menarik dan menghiburkan...
tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan ini...
cadangan saya..kalau boleh gunakan gambar yang sebenar...mudah bagi kanak - kanak aplikasikan di persekitaran mereka. misalnya..gambar pisang itu tidak sesuai kerana gambar yang kurang nampak tentang "pisang"...
memeang menarik bagi kanak - kanak kalau dihiburkan dengan kartun, tetapi jangan samapi imej sebenar tenggelam...terima kasih

NaNa Nyomey said...

RP yang menarik...sungguh berwarna-warni dan menarik perhatian kanak-kanak. cuma untuk tulisan tu, mungkin boleh gunakan font yang sama tapi warna yang sesuai sebab warna baby blue tu xnampak sangat..bukan tak nampak tapi macam tak jelas..mungkin guna warna merah lebih jelas..neway..gud luck...bubye, sayonara.

Chenta Mizza said...

Dayang Hamizza...

lesson plan sy fikir amat menarik dan mencapai objektif pengajaran, tapi kalau boleh selitkan aktivii di mana cikgu bagi kertas kerja...then minta kanak-kanak warnakan kertas kerja mereka tapi mengikut arahan guru.sebab kita leh test diaorg if diorg de cour blind ataupun tidak..aktiviti satu guru hanya memangil kanak-kanak secara rawak dan tidak keseluruhan. then guru takkan tahu yg selebihnya anak murid tahu ttg warna atau menyebut warna mengikut kawan2 mereka shj

hanamichi said...

tahniah kerana merangka satu Rp yang menarik.pemilihan tema pun bagus kerana warna merupakan elemen yang penting dan berada di sekeliling mereka. sy nk bg cadangan sikit..kalau boleh aktiviti 3,bermain dengan warna tu buat aktiviti lain selain daripada memadan gambar.cnthnya bg cat yang betul kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengalami pengalaman sebenar...sekadar bg pendapat je ni...apepon gud luck 4 ur grup

missgee said...

salam...
tahniah sbb da bt satu rp yg menarik..
gamez pun menarik sbb boleh meningkatkan pemikiran kanak2..
tp gmbr tue, kalau boleh cari yg lebih besar dan menarik lg, lebih elok rasenye...all da best!!tq

nuranis said...

salam...tahniah krn merancang satu RP yang bagus...berfokus kepada warna melalui objek buah.. jelas dan menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan proses P&P. Cadangan membina dari saya apa kata tukarkan objek buah "pisang" dlm RP ini kepada objek buah pisang yang betul supaya ia menggambarkan objek pisang yang jelas dan tapat kepada kanak-kanak. Untuk lebih menarik lagi saya cadangkan besarkan sedikit saiz gambar2 buah yang ditunjukkan. ok.. sekali lagi tahniah...:>.

Ati said...

Salam..seronoknya dpt main dgn warna.bagus RP ni.tahniah diucapkan kpd linda n kwn2..
Saya terpikir satu idea.kn best klu kte dpt ajak kanak2 mengecat menggunakan pelbagai warna.cat kelas ke pagar sekolah ke.hehe.tp aktiviti ni memerlukan kos yg tinggi n mengambil masa yg lama..
walau bagaimanapun,aktiviti yg dicadangkan dlm RP ni dh cukup bagus n menyeronokkan kanak2..
congratulations!!

syangelina said...

salam..
rancangan mengajar ok tersusun..
tapi rasa better kalau you all fokus satu dulu, contohnya kalau sebiji oren berwarna oren, so tembilkai ke, pisang ke, pun kena sebiji jugak la...memang la you all hajat nak ajar semua tu dalam satu masa, tapi cadangan ni untuk elak keliru kanak-kanak

azura said...

salam..satu pnp yang menarik..warna dengan buah-buahan satu aktiviti yang menarik untuk dikaitkan..games padanan warna juga menarik..cuma tulisan kalau boleh besarkan lagi agar kanak-kanak dapat melihat dengan jelas..

ღerYmaღ said...

SALAM...PERHATIAN KEPADA ANDA DAN AHLI KUMPULAN..
BLOG KUMPULAN 11 (http://fantaghirokids.blogspot.com) TELAH MENGALAMI SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL YANG MENYEBABKAN POSTING UTK RP TELAH TER'DELETE' SEKALIGUS HILANG TERUS KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM INI. KINI IA TELAH DIBINA SEMULA DAN KAMI MENGHARAPKAN KOMEN SEMULA DARIPADA RAKAN-RAKAN PPS215 SEKALIAN. SEGALA KESULITAN ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN DAN AMAT DIKESALI. KOMEN RAKAN-RAKAN AMATLAH KAMI ALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM. (",)

dunia pendidikan said...

salam..rp yg sgt mnarik kerana waran dapat dikaitkan dengan nama buah dan memudahkan kanak-kanak untk mngingati dengan lebih mudah..tetapi terdapat kekeliruan warna buah oren dan pisang krana warnanya hampir sama mnyebabkan kanak-kanak keliru..selain itu kanak-kanak sudah sinonim dengan sebutan oren yang bermaksud warna ttp sebaliknya jingga..lebih ssuai jika ditukar dengan buah yang lain...apa2 pun u are the best..

natasha hidayah said...

salam...blog nie menarik krn guru kaitkan warna dgn buah-buahan. cuma untuk gmbr buah biarlh besar dan begerak tuk menarik mnat kk. dan tulisan biarlah besar supaya kk dpt melihat dngn jelas. game dlm blog nie pun menarik gak...

noratikah said...

salam..rp yg mudah dan sesuai dengan kanak-kanak..tp sy rase klu gmbr buah tu besar ckit mesti lebih menarik..pepun bhgian penutup sgt bgus sb knk2 dpt menyebut objek yg berada dlm kelas apabila guru menyebut wrna..kite boleh kesan knk2 mana yg msih tdk dpt mengenal warna

eyma deen said...

salam...tahniah kpd semua ahli kumpulan...blog yang cantik dan sesuai untuk kanak2...aktiviti yang dirancang sesuai dan dapat membantu kanak2 dalam membezakan warna...

Haslinda bt Othman said...

salam kwn2..blog yang bertajuk buah-buahan tu sebenarnya adalah blog individu saya..blog yang sepetutnya d komen adalah yang sebaliknya..Maaf d atas segala kesulitan..di harap anda akan terus memberikan komen2 yang membina..terima kasih..

duNiA kiRAna said...

salam..
RP kump ini bagus krn aktvt yang dibuat teratur dan tidak mengelirukan kanak-kanak. aplikasikan pengajaran ni semasa menjadi ckgu nti. Tahniah...

anis ayuni mohmad said...

saya berpendapat bahawa rp yang dirancang oleh kumpulan ini adalah sangat menarik..warna adalah salah satu topik yang paling digemari oleh kanak-kanak.selain itu, kanak-kanak akan dapat mengingat warna dengan lebih mudah apabila ia dikaitkan dengan buah-buahan.di samping itu, aktiviti yang disediakan juga sangat menarik dan interaktif!!i like it!..tahniah!!

:: pda :: said...

salam linda dan kawan-kawan..pada pendapat saya, RP kumpulan ini menarik dam mampu merangsang kanak-kanak dengan aktiviti2 yang dirangka. cuma beberapa pembaikan yang boleh dibuat ialah membesarkan sedikit tulisan agar kanak-kanak lebih jelas dan nampak. lagi satu rasenye kalau letak gambar buah sebenar baru berkesan sebab kanak-kanak suka benda yang maujud kan. secara keseluruhannya, rp ini memang menarik. tahniah...

ct comeell said...

blog yang menarik dan sesuai untuk guru dan kanak-kanak gunakan. ringkas dan padat cuma klu untuk lebih menarik minat kanak-kanak, cari gambar buah yang bergerak. terima kasih

angsana said...

Salam..
RP bgus dan menarik minat knk2..
Tp sy rs bhg st induksi 2 kalo blh bia knk2 lakukan pergerakan cam dlm video je..
coz kalo knk2 nk nyanyi bersama2 guru, sy rs cam susah ckit..
coz lagu dlm bi, rentak cpt..knk2 pn rsnya x semua blh nynyi lagu dm bi..
papun usaha yg baik dln menyiapkan RP ni..
thniah!

faizah@ayu said...

salam..aktiviti yang menarik tapi pastikan jangan terlalu berpusatkan kepada guru...lebih banyak penglibatan kanak-kanak...pastikan kanak-kanak menguasai apa yang diajar (pembelajaran masteri).sekian

Chenta Mizza said...

SALAM.TAHNIAH KEPADA KUMPULAN INI KERANA RP YANG SANGAT MENARIK.TAPI KALU PENUTUP DIBUAT DENGAN AKTIVITI MENYANYI AKAN MENJADI LEBIH MENARIK.

*sha* said...

salam..aktivti yg menarik tap klu boleh sebelum kalau guru nak tunjukkan gambar dan perkataan..cikgu perlu tunjukkan objek konkrit kemudian sebut bersama-sama tanp[a perkataan..then baru tunjukkan perktaan..tu saja dpd sy..gud luck!!

fatimah sumairi said...

slm..rp yang menenarik...kalau gunakan gambar yang bergerak dan besar lebih menarik minat kanak-kanak untuk belajar..

adila zubaidah said...
This comment has been removed by the author.
adila zubaidah said...

Salam.wondefull..pasti kanak-kanak seronok mengikuti aktiviti ini.objektifnya adalah Mengenal dan membezakan warna, objektif dapat dicapai tp perlu diperbesarkan tulisan dan pilih font yang lebih menarik.selamat mencuba!

ღerYmaღ said...

salam...
RP anda menarik...warna yang anda perkenalkan juga warna asas sebagai permulaan kanak-kanak mengenal dan mengingat warna asas...campuran dari warna asas kemudiannya menghasilkan pelbagai warna lain akan menjadikan kanak-kanak teruja dan seronok untuk meneroka aktiviti...great...gud job kawan2..;p

fie said...

warna untuk tulisan kat buah-buahan kna bg jELas lg..
sbb warna untuk nk bEzakn suku kata tu x jlas sgt..mcm warna kuning tu tnggelam dgn warna biru...
ok..tu aje...

Post a Comment

Post a Comment