Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 08. Mac. 2008
Kelas : Prasekolah Cerdik
Masa : 30 minit
Bilangan pelajar : 25 orang
Umur pelajar : 6 tahun
Komponen : Kreativiti dan Estetika
Kandungan : 2.1 Menghasilkan lukisan dan kraf
Hasil Pembelajaran : 2.1.4 Mengenal dan membezakan warna
Tema : Warna
Tajuk : Objek disekeliling kita
Bahan : Video nyanyian, gambar, kertas warna, lembaran kerja, power point, video tentang warna.
Pengetahuan sedia ada pelajar : Kanak-kanak telah mengetahui warna asas (merah, biru dan kuning).
Komponen yang berkaitan : Komponen fizikal, Komponen sosioemosi dan Komponen kretiviti dan estetika.
Nilai dan tingkah laku : Bekerjasama dalam kalangan pelajar.
Rujukan : Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah, Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Set Induksi
( 5 minit )


Aktiviti guru
1) Guru mengajak kanak-kanak untuk menyanyikan lagu warna sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video.
2) Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini kita akan bermain dengan warna.
3) Guru menunjukkan beberapa contoh objek yang berwarna merah, kuning dan biru.

Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak akan menyanyi lagu warna bersama-sama guru sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video.
2) Kanak-kanak melihat objek yang ditunjukkan oleh guru.


Aktiviti 1
( 10 minit )


Aktiviti guru
1) Guru memberi kad warna secara rawak kepada setiap kanak-kanak. (merah, kuning, hijau, biru)
2) Kemudian, guru meminta kanak-kanak duduk dalam kumpulan berdasarkan kertas warna yang mereka dapat.
3) Guru akan menyebut satu jenis warna dan kumpulan yang mewakili warna tersebut akan menunjukkan kad warna mereka dan jika betul, mereka di minta untuk mewarna gambar yang terdapat di komputer.
4) Kemudian, guru akan menyebut warna yang lain (ulang langkah 3 sehingga habis)

Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak akan mendapat kad warna daripada guru.
2) Kanak-kanak akan duduk di dalam kumpulan masing-masing berdasarkan warna yang mereka perolehi.
3) Apabila guru menyebut satu jenis warna, kanak-kanak yang mewakili warna tersebut akan berdiri dan mewarna di hadapan.
4) ulang langkah 3 sehingga habis


Aktiviti 2
( 5minit )


Aktiviti guru
1) Guru menunjukkan beberapa gambar dengan menggunakan power point kepada kanak-kanak.
2) Guru meminta kanak-kanak untuk membezakan warna yang terdapat dalam gambar tersebut.
3) Guru memilih beberapa orang kanak-kanak secara rawak untuk menyebutkan warna pada gambar tersebut, kemudian menyebutnya secara beramai-ramai pula.

Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2) Kanak-kanak cuba mengecam dan mengenalpasti warna yang terdapat pada gambar.

Aktiviti 3
( 5 minit )


Aktiviti guru
1) Guru mengajak kanak-kanak untuk bermain dengan warna.

2)Guru meminta kanak-kanak untuk memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.

Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak melakukan aktiviti memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.


Penilaian/ Penutup
( 5 minit )


Aktiviti guru
1) Guru menunjukkan beberapa objek kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak untuk menyebut warna objek tersebut
2) Kemudian, guru menyebut warna dan meminta kanak-kanak untuk menyebut objek di dalam kelas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang disebut tadi.

3) Akhir sekali, guru mengajak kanak-kanak untuk menonton video yang berkaitan dengan warna.



Aktiviti kanak-kanak
1) Kanak-kanak akan menyebut warna objek yang ditunjukkan oleh guru.
2) Kemudian, kanak-kanak akan menyebut objek yang berada di dalam kelas yang sama dengan warna yang disebut oleh guru.
3) Kanak-kanak menonton video yang ditayangkan oleh guru.

4) Kanak-kanak mengulang semula apa yang telah dipelajari pada hari ini. Oleh itu, guru dapat mengetahui sama ada kanak-kanak sudah boleh mengecam warna atau tidak.


Thursday, February 26, 2009

Tema : Warna



Mari Menyanyi


























Mari Mewarna






















Jom kenal dan bezakan warna











Mari bermain













































20 comments:

WANZA said...

Hai... Untuk kumpulan ni bahagian penutup ok. menarik video tu walaupun bahasa yg digunakan bhs indon tp tkpa sebab tk banyak beza sangat dengan bahasa kita... mgkin cikgu boleh explain lg pasal bahasa tu...heheh... hmm.. lainnya cuma bhgian aktiviti 2. aktiviti tu ok tp cuba buat bg interaktif.. contoh mcm kumpulan 2 buat... biar kanak-kanak klik sendri pilihan jawapan then ada peneguhn selepas tu... cara ni lebih menarik...okeh.. harap komen ni dpt diterima untuk peningkatn taraf blog kump masing... so that kita bleh sama2 guna bhn yg kita sediakan ni...

MEERA said...

RP yg menarik..dr mula smpai abes main je..sonok n sesuai ngn knk2..cume susah ckit guru nk nilai sbb byk gune link kpd web..jdnyew, guru kne pantau knk2 ni klik pd tmpt yg btol..n xplain kt knk2 dgn lebih jelas sbb web yg dgunakn kebykannya gune bhs bukan bhs melayu rasmi kte..cm wanza ckp.

Anonymous said...

Asalamualaikum..pada pendapat saya, rancangan pengajaran kumpulan ini menarik. hal ini kerana banyak aktiviti yang melibatkan nyanyian, mewarna dan bermain sesuai dengan pembelajaran kanak-kanak iaitu belajar sambil bermain. tetapi bagi aktivti nyanyian itu, nyanyian itu cepat dan susah untuk kanak-kanak mengikutinya dan bernyanyi bersama-sama.kalau boleh cari lagu yang lebih mudah difahami dan diikuti oleh kanak-kanak.Secara keseluruhannya, rancangan pengajaran kumpulan ini baik, boleh dikongsi bersama dan bermakna.

Chenta Mizza said...

salam..tahniah...blog anda sangat menarik dan aktiviti-aktiviti yang di cadangkan juga akan lebih menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar tentang warna. sekiranya boleh, bahagian penutup itu cari video dalam bahasa melayu, kerana mungkin kanak-kanak akan berasa keliru dengan penggunaan bahasa indonesia. dan aktiviti pertama itu tidak dijelaskan dengan lebih lanjut.kanak-kanak pergi ke hadapan kelas dan mewarna menggunakan komputer atau kaedah biasa (tradisional-kertas dan pensil warna)

Anonymous said...

salam...RP ni best sebab fokusnya hanya kepada 3 jenis warna asas..kanak-kanak dapat mengenal warna asas dengan aktiviti dan pengajaran yang dilakukan..tambah pulak ada aktiviti yang mengukuhkan lagi pengetahuan kanak-kanak tu....tapi kan kalau lagu tu biarla lagu yang mudah untuk kanak-kanak ikut, sama ada dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris..nk ajar dalam dwibahasa pun boleh tapi yana rasa biar kanak-kanak kenal warna dalam bahasa melayu dulu baru kita fokus warna dalam english lak..

Nur Farhana Mohd Radzi said...

salam...rancangan pngjrn seronok dan menghiburkan hati knk2.. kanak-kanak akan mudah ikut pngjran cikgu, sebab hanya 3 warna yg diperkenalkan. Setiap aktiviti berkaitan antr satu sama lain..sumenye merupakan peneguhan kpd aktvti yg len..banyak permainan, knk2 akan lebih faham ttg warna. untuk bhgian penutup tue best sangat sbb knk2 bleh explore apa akan jadi kalo warna biru campur kuning jadi hijau..mungkin boleh cari video dlm bahasa Melayu spy knk2 faham bhsa yg dgnkn...

Anonymous said...

salam..simple n straight for word...berkenaan dengan HP yang group anda nyatakan, saya rasa melalui aktiviti yang disediakan, akan tercapai..tp yang pelik..napa tetiba ada aktiviti mewarna sedangkan didalam huraian aktivti guru dan murid, guru tidak ada menyatakan mengenai aktvt mewarna..minta check semula agar selaras..
Anyway..best n keep up the good wark!!

Nadim said...

aktiviti2 dalam blog ini simple tapi menarik. mesti kanak-kanak enjoy.namun, aktiviti2 tersebut perlu pemantauan lebih daripada guru. bagus2..

nurul said...

ermmm quite interesting..
tp guru memang perlu memantau kanak-kanak..
kerana aktiviti banyak melibatkan multimedia..
kanak-kanak akan tertarik dengan aktiviti yang dibuat..
tahniahh..

angsana said...

Saya rasa RP da bagus..tapi lagu xsesuai coz dlm bhsa inggeris.susah untuk kanak-kanak menyanyi bersama2..Pergerakan nyanyian 2 pn agak kompleks utk knk-knk ikut..saya confuse kt bhg penutup coz da video.dlm RP xdiselitkan pn da video..papun RP yang menarik dan bagus..thniah!

ღerYmaღ said...

salam... RP yang anda sekumpulan sediakan agak menarik.. link yang disediakan juga berfokus.. disamping warna yang diperkenalkan cuma 3, rasanya tiada masalah untuk kanak-kanak mudah memahami apa yang ingin guru sampaikan.. dengan penggunaan link ke web lain pada setiap aktiviti yang anda sediakan, memerlukan pengawasan dan bimbingan oleh guru.. tahniah diucapkan..

Anonymous said...

RP yang sangat menarik! Tapi, semasa kumpulan sedang bewarna dalam aktiviti 1, apakah yang dilakukan oleh kanak-kanak lain? Saya rasa patut ada aktiviti untuk mereka yang sedang menunggu giliran sebab kanak-kanak tak boleh duk diam lama-lama. Satu lagi, adakah kesemua aktiviti dalam RP ini aktiviti berkumpulan? Saya rasa aktiviti 3 boleh dijalankan secara individu dan guru juga akan dapat menilai kanak-kanak secara individu sama ada objektif telah tercapai atau tidak. Itu saje =)

@L@$uHa!La said...

salam :: menarik :: mahu mengajar kanak-kanak tentang warna. namun begitu jika kita lihat hasil pembelajaran kumpulan ini, kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan warna. saya rasa cikgu perlu menggunakan contoh yang dekat dengan kanak-kanak. satu pujian apabila guru menjadikan ICT sebagai medium pengajaran. sebagai contoh, ada gambar baju yang berbeza-beza. namun begitu, pada pandangan saya, guru perlu menunjukkan baju yang betul dan warna yang terdapat pada baju tersebut supaya kanak-kanak dapat mengenal warna dengan lebih baik. hal ini kerana, terdapat perbezaan antara warna betul dengan warna yang terdapat secara maya. harap mendapat sedikit info.

noratikah said...

salam..rp kump ni paling mudah dan simple tuk difahami oleh kanak-kanak kerana hanya fokus kpd 4 wrna dn aktiviti peneguhan jg baik sb kanak-kanak dpt menyebut objek yg ad di kelas apabila guru menyebut wrna,ini memberi kanak-kanak peluang dain idea bersuara...tp dlm penilaian ni apa kate guru fokus kpd seorang demi seorang kanak-kanak bg memastikan semua kanak-kanak dpt kenal sb mgkin ada yg masih terkeliru antara wrna dan sebutan warna tersebut...tq..gud luck..

fatimah sumairi said...

salam..aktiviti yang diijalankan menarik kanak-kanak untuk belajar...terutamanya game dalam aktiviti 2 mari mewarna...game tersebut boleh menggalakkan kanak-kanak mengenal warna dan mewarna mengikut kreativiti mereka sendiri.

natasha hidayah said...

salam....xtvt nie menarik. kk mmg sukakan warna. cuma tuk penambahbaikan guru blh wat xtvt mencampur warna. cthnya biru campur kuning mnjd hijau...kk mgkn lbh tertarik ngn aktvt ini. trima kasih

fie said...

RP yang menarik...mungkin kump anda boleh bawa objek konkrit dan berikan kpd setiap KK..contohnya butang atau bola gabus..jadi KK boleh tgk dn cam warna-warna tersebut dgn lbih jelas lg..untuk aktiviti mewarna kat depan tu..ms kump betul pergi mwrna,kump yg tgl boleh bt aktiviti len.sbbnye KK x kn boleh tgu dgn diam..jd utk diamkn mereka..anda boleh rancang xtiviti utk mereka..dan xtiviti ni boleh 'rotate' sehinggalh semua kump selesai mewarna..

ok...tahniah sbb berjaya bt RP yg best..

iezan said...

salam...firstly syabas untuk rp ni coz telah cuba menggunakan aplikasi ICT semaksimum mungkin dan inilah tujuan sebenar kenapa kita sediakan pembelajarn melalui blog..just nak bagi cadangan untuk aktiviti 2,pasal tayangan video tu...mungkin cikgu boleh gunakan video yang tunjuk satu persatu benda dan warna benda tersebut n then barulah buat akt asing untuk padanan warna tp mungkin tak sesuai jika gunakan kaedah slide show yang mcm group kumpulan buat untuk akt 2 ni...mungkin klu tukar sikit cara tayangan tu,mungkin lebih menarik...just as suggestion.. wateverpun keep up ur gud job...ok

siti fatimah said...

salam..tahniah ye utk kump ni..ct ska sgt RP kump korang..dr set induksi hingga penutup memang dpt menarik mnt kanak-kanak utk mengenali warna..pnekanan terhadap pembelajaran warna juga sesuai dgn xtvt yg ditunjukkan..cma komen ct terhadap lgu pd set induksi terlalu cpt sgt..mugkin knk2 x dpt nk ikut, ttp yg menariknya lgu ni ada pergerakan..di sini, knk2 blh sme2 membuat pergerakan 2..kump ni jga tlah mengaplikasikan semua prkara yg diajar dlm pps 215 utk menjadikan blog ni sbg medium utk mengajar knk2 tentang warna..ape2 pn gud luck ye..

zareen said...

salam dr kak ina...bnyk aktvt online..menarik. kk tentu suka bermain dgn warna & guru harus memantau setiap aktvt yg dijlnkn...klau boleh cari video versi melayu tentu kk lbh mudah faham..aaa satu lg dlm RP tu HP sepatutnya tajuk & tema kat ataskan..betul tak?..correct me if I'm wrong

Post a Comment

Post a Comment